Tuesday, January 31, 2012

Sarapan kegemaran kami

Bismillah....

Bukan nasi lemak, tapi waffle :) Bulan lepas hampir hari-hari saya buat waffle untuk sarapan. Kalau tanya anak2 terutamanya Elana nak makan apa pagi nih, 99.9% kebarangkalian jawapan yang akan diberi adalah waffle. Saya pon suka jugak buat waffle untuk sarapan sebab agak ringkas dan pantas.

Di sini saya nak share resepi waffle kegemaran kami. Resepi ni saya dapat from allrecipe website. Ada beberapa resepi yang saya cuba, tapi yang ini paling best dimakan bagi kami sekeluarga :)

Bahan2

2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 3/4 cawan susu segar
1/2 cawan minyak sayuran
4 sudu teh baking soda
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh vanilla essence
1/4 sudu teh garam

Cara2

Semua bahan2 di atas di blend guna food processor. Kemudian sendukkan ke dalam waflle maker. Bakar lebih kurg 3 ke 4 minit, bergantung kepada waffle maker masing2. Yang bestnya, adunan ni boleh disimpan dalam fridge utk lebih kurg seminggu (saya selalunye tak pernah la simpan sampai seminggu. Selalunya dalam dua tiga hari dah habis guna ). Bila nak guna, keluarkan aja dari fridge dan bakar guna waffle maker. Bunyi macam senang je kan ?

Note: selalunya kami makan waffle nih dengan butter dan mapple syrup.kadang2 ada jugak spreadkan nutella je ataupon makan dengan ice cream yg di curah dengan choc syrup dan sedikit kacang badam.. Yum yum :)