Wednesday, December 28, 2011

Masallama 2011 - Part 1

Bismillahirrahmanirrahim.....

Pejam celik, pejam celik, tengok2 dah pon sampai ke penghujung tahun 2011. Masha Allah... cepat nye la masa berlalu. Rasanya baru jer tune otak nih tahun 2011 earlier this year. Mula-mula tuh asyik ingat tahun 2010 jer, mmg tak bley lekat lansung tahun 2011 kat kepala. Mana taknya, selama nih, hari2 bukak planner, mmg sah2 ada date kat situ. Tapi bila dah jadik SAHM, saya jadik blank bila ditanya tentang tarikh :P

Banyak sebenarnya kenangan manis, pahit, masam etc sepanjang tahun nih. Tahun nih jugak la mencatatkan penghijrahan saya daripada seorg wanita bekerjaya kepada wanita tidak bekerja. Namun begitu, tidaklah saya tidak mempunyai lansung perancangan masa depan yang ingin saya lakukan walaupun tidak lagi bekerja menyumbang tenaga dan wang ringgit :) Rugi lah masa macam tuh kan?

Awal tahun ini, sebaik sahaja kami mendapat kereta baru di Saudi, terus sahaja kami merancang road trip  ke Mekah untuk mengerjakan umrah pada bulan januari. Kami bergerak bersama dua keluarga yg lain yang juga baru tiba di Saudi ketika itu. Alhamdulillah, baru beberapa bulan saya dan anak2 berhijrah ke sini, kami mendapat kunjungan tetamu istimewa - mama & abah saya. (nak spot check keadaan hehehe :P) pada bulan februari yang lalu. Yang paling excited dengan kunjungan atuk n nenek kali itu, mestilah Elana. Hari2 countdown sampai atuk n nenek sampai :) Sebaik sahaja mama & abah tiba di saudi, kami bergerak sekali lagi ke tanah suci, dan kali ini kami berpeluang mengunjungi madinah pula. Alhamdulillah.

Pada bulan Mac lepas, saya telah memulakan program saya untuk mengajar Elana membaca secara intensif. Pada permulaannya, saya menumpukan usaha saya untuk mengajar Elana membaca dalam Bahasa Inggeris dahulu. Bila dah pass nanti, baru beralih kepada bahasa lain. Saya menggunakan beberapa kaedah untuk mengajar Elana membaca, tapi akhirnya saya menumpukan kepada kaedah phonics sahaja. Saya menggunakan beberapa buku dan website untuk membantu usaha saya ini. Alhamdulillah, lebih kurang 6 ke 7 bulan selepas itu, Elana boleh membaca dengan lancar dengan bantuan Allah. Pada mulanya, saya pon tak percaya yang saya boleh mengajar anak saya sendiri tanpa ke sekolah, namun semuanya dipermudahkan. Video Elana membaca ketika berusia lima tahun ada saya kongsikan di Blog Homeschool kami http://raisingcaliphs.wordpress.com/2011/11/28/lana-can-read-5-years-old/

Bulan Mei yang lalu merupakan ulangtahun perkahwinan kami yang keenam. Rasa-rasanya, baru jer dijabkabulkan, bley tak? :P Alhamdulillah, banyak pengalaman dan suka duka yang telah kami lalui bersama sepanjang enam tahun ini. Dan yang paling best, dikurniakan anak2 penghibur hati dan penguat semangat, Alhamdulillah. Sempena dengan hari ulangtahun, En Firdaus berbesar hati bawa kami jalan2 Dubai pulak. Another road trip nampaknya. Perjalanan dari Jubail ke Dubai memakan masa lebih kurang 10 ke 11 jam memandu. Seronok juga dapat pergi tempat orang dan cuci mata kat shopping complex Dubai hehehe. Memang lain benar Dubai dan Jubail :P Dubai rasa agak keduniaan, Jubail pulak tenang tanpa traffic jam dan pemandangan yang 'menyakitkan mata' :)

bersambung.....

Jalan2 beli barang ....

No comments:

Post a Comment