Saturday, December 31, 2011

Masallama 2011 - Part 2

Bismillahirrahmanirrahim,

Berkesempatan jugak saya nak menaip hari nih :) ketika budak-budak sedang lena tidur petang. Kali ini saya nak sambung entry saya sebelum ini. Alhamdulillah, bulan Jun yang lalu kami diberi peluang untuk pulang bercuti ke Malaysia. Seronok sangat rasanya masa itu. Iyela, setelah hampir tujuh bulan di perantauan, rasanya macam2 la nak buat bila balik Malaysia. Alhamdulillah perjalanan dari Jubail ke tanah air semuanya berjalan lancar. Sampai2 di airport, semua adik beradik dah excited tunggu nak menjemput. Elana sampai terlompat-lompat bila nampak auntie2, uncle2, atuk n nenek. Atuk siap kena saman lagi pagi tuh, sebab tinggalkan kereta depan arrival hall dan juga sebab tak renew road tax (yang ni mmg abah n mama tak perasan lansung. Road tax rupanya dah mati sebulan lebih, disebabkan kereta tuh selalu parking rumah je, takde sape perasan. Dah nasib :) )

Macam2 aktitviti kami buat sepanjang berada di Malaysia, terutamanya bila En Firdaus ada sekali join holiday. En Firdaus hanya dapat bercuti di Malaysia untuk dua minggu sahaja, kemudian hanya saya dan anak2 tinggal sampai la ke hari raya. Sob...sob. Serik rasanya berjauhan lama. Insha Allah lepas nih tade lama2 dah.. heheheh. Sepanjang tiga bulan kami di Malaysia, saya hantar lana ke kelas swimming dan gymnastic. Agak gigih jugakla menghantar lana setiap minggu, terutamanya ke kelas gymnastic di Kota Damansara. Perjalanan dari Pulau Indah ke Kota Damansara ada la lebih kurang sejam 15 minit satu arah. Alhamdulillah Lana enjoy menghadiri kelas-kelas tersebut terutamanya kelas gymnastic. Mula-mula tuh, memang kena belikan macam-macam jugak nak pujuk Lana ke kelas. Bila dah lama-lama ok la pulak :)

Ramadhan lepas, En Firdaus berpuasa sorg2 di perantauan. Kesian la jugak. Balik2 Malaysia mmg kurus betul badan. Susut 10 kilo... :) Tapi bila dah start menjamu selera balik kat tanah air... ehem ehem... faham-faham la ye :). Beberapa hari sebelum bulan ramadhan saya sempat menghadiri satu kursus yang dianjurkan oleh Islamic Parenting Network - Mengajar anak2 kecil membaca dan menghafal Alquran. Alhamdulillah, dapatla sedikit sebanyak pengetahuan dan inspirasi untuk di aplikasikan pada anak2 saya nanti :) Selain itu, ada juga saya menghadiri kursus mengajar anak membaca Al-Quran kaedah Al-Barqy yang juga dianjurkan oleh Islamic Parenting Network.

Sekembalinya kami ke Arab Saudi, saya memulakan usaha untuk mengajar Lana membaca AL-Quran menggunakkan kaedah Al-Barqy. Alhamdulillah, kami berjaya menghabiskan buku Al-Barqy dalam masa kurang sebulan. Sebaik sahaja tamat buku, saya terus memulakan Lana dengan hafazan quran bermula dengan juz amma. Alhamdulillah, hari ini, dalam masa kurang 3 bulan, Lana sudah pon menghafal 24 surah daripada juz amma. Insha Allah lagi 6 surah sebelum habis juz amma. Harap2 dapat habis sebelum umurnya menjangkau 6 tahun, ameen :)

Ketika cuti umum eiduladha yang lepas, kami sekeluarga bercadang untuk bercuti ke Oman dan Dubai (sekali lagi :P). Kami sempat bermalam di Abu Dhabi semalam sebelum bertolak ke Oman. Pagi itu, sedang kami bersiap2 untuk bergerak ke Oman, tiba2 kami mendapat panggilan telefon dari abah. Mula2 tengok tuh mcm risau je, sebab abah selalunya tak call handphone, lagi la bila dah bagitau memang kami akan keluar berjalan. Memang betul pon jangkaan, Abah bagitau jangan pergi Oman, masuk berita kat TV malaysia Oman dilanda Ribut Tropika dan kawasan yang kami nak lawat tuh banjir teruk. Nasib baik jugakla abah call bagitau. Kami memang sah-sah tak baca berita :P. So kami cancel plan pergi oman, dan detour pulak ke Sharjah berhampiran Dubai.

Alhamdulillah, akhir November yang lepas sampai kami mendapat kunjungan tetamu istimewa lagi - mak&bapa mertua saya :) Rasa bersyukur sangat kerana tercapai juga hasrat mereka untuk datang menunaikan umrah, Alhamdulillah. Namun begitu, mak&bapak hanya dapat melawat kami sekejap sahaja kerana ada urusan di Malaysia yang tidak dapat dielakkan. Seminggu selepas mak&bapak tiba di Jubail, kami bergerak ke madinah dahulu. Bermalam di sana selama tiga malam, kemudian menuju ke Tanah Suci Mekah pula untuk mengerjakan umrah. Kami bermalam di Mekah selama 5 malam sebelum menghantar mak&bapak pulang ke Malaysia dari airport Jeddah.

Bila difikirkan balik, banyaj betul pengalaman kami sepanjang tahun nih. Alhamdulillah kerana kami masih lagi dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan untuk terus menjalankan tanggungjawab di bumi Allah. Semoga hari2 yang mendatang akan lebih baik dan lebih bermakna Insha Allah :)

Dalam shopping cart lagi :)


2 comments:

  1. congrats Shik! ALhamdulillah Lana dah byk hafal, teringin sgt nak buat semua benda2 yg ko mention above with the kids, tp bila balik rumah je dah penat terus melepek. harapkan daddynya je lah.. huhu

    ReplyDelete
  2. iema... alhamdulillah :) kalo aku jadi ko pon mmg melepek la balik keja. time aku keja dulu, mmg tak terfikir lansung nak ajar lana sangat, kadang2 sampai rumah pon dah malam :( Insha-Allah, kalo ada niat, Allah mudahkan. Nasib baik freddy keja shift, ada la time yg mmg dia bley concentrate. Kalo keja mcm kita, mcm keja 24/7 je kan?

    ReplyDelete